Program Tripartite Engagement Session 2024 (Zon Timur) bertemakan “Greater TVET Future Talent, Facing the Changing World of Work” telah berlangsung dengan jayanya di AC Hotel by Marriot, Kuantan, Pahang. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Sutekno Bin Ahmad Belon, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KESUMA, yang mewakili YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee Bin Daud.

Objektif utama program ini adalah untuk mendapatkan input strategik daripada pihak industri dan agensi berkaitan bagi perkembangan dan pembangunan TVET di Malaysia. Perbincangan berfokus kepada usaha menyelaraskan keperluan industri dengan kurikulum TVET, memastikan generasi tenaga kerja masa hadapan dilengkapi kemahiran yang relevan dan berkualiti.
Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) turut memainkan peranan penting dalam program ini, menunjukkan komitmen teguh mereka untuk menyokong kemajuan industri TVET, bukan sahaja di Pahang tetapi juga di peringkat nasional. Inisiatif ini dijangka memberikan impak positif terhadap pembangunan sumber manusia negara, sejajar dengan agenda pembangunan ekonomi yang mampan.
“𝐌𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐢𝐬 𝐊𝐞𝐥𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐧𝐞𝐫𝐚𝐥 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚”








