Pihak Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengarah GIATMARA Negeri Pahang, YBrs. Encik Abdul Manan bin Ibrahim, atas kesudian memilih fasiliti AMMP di Kuala Lipis sebagai lokasi penganjuran Mesyuarat Pengurusan GIATMARA Negeri Pahang Bil. 3/2026.

Pemilihan AMMP sebagai lokasi mesyuarat ini merupakan satu penghormatan dan mencerminkan keyakinan terhadap kemudahan serta persekitaran latihan yang disediakan oleh AMMP dalam menyokong pelaksanaan pelbagai program dan aktiviti berkaitan pembangunan modal insan.

Dalam sesi mesyuarat tersebut, Pengarah AMMP, Encik Rashdan Abdul Manaf, turut diberi kesempatan untuk memperkenalkan Akademi Mineral Malaysia Pahang kepada barisan ahli Mesyuarat Pengurusan GIATMARA Negeri Pahang. Sesi ini menjadi platform untuk berkongsi peranan, fungsi serta inisiatif AMMP dalam memperkasakan pembangunan kompetensi tenaga kerja, khususnya bagi industri mineral dan sektor berkaitan.

AMMP berharap hubungan baik yang terjalin bersama GIATMARA Negeri Pahang akan terus diperkukuhkan melalui pelbagai bentuk kerjasama strategik dan sinergi, khususnya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), sekali gus melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir yang berdaya saing serta memenuhi keperluan industri dan pembangunan negara.
“Merintis Kelestarian Mineral Negara”








