Slide

"Penubuhan Akademi Mineral Malaysia Pahang akan menjadi nadi utama pusat peningkatan latihan kemahiran bidang mineral khususnya kepada pekerja sedia ada di dalam industri perlombongan dan pengkuarian di samping berfungsi sebagai sebuah pusat 'capacity building' secara holistik di Negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya"

- Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang ke -15

Merintis Kelestarian
Mineral Negara

Komited melahirkan pakar melalui pendidikan, penyelidikan, dan latihan inovatif, Akademi Mineral Malaysia Pahang memacu industri mineral ke arah kelestarian dan daya saing global.

Sesi Libat Urus Perbincangan Kursus Pengukuhan Kompetensi Pelombong

Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) telah mengadakan Sesi Libat Urus Cadangan Kursus Kompetensi Lombong yang berlangsung di Pahang Mining Corporation Sdn. Bhd. (PMC) sebagai salah satu inisiatif memperkukuh pembangunan modal insan dalam industri perlombongan di negeri Pahang.

Sesi perbincangan ini telah menghimpunkan pelbagai agensi berkepentingan yang memainkan peranan penting dalam pengawalseliaan dan pembangunan sektor perlombongan. Turut hadir ialah wakil daripada Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Pahang, Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang, PLANMalaysia Pahang, Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang serta Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang.

Penganjuran sesi libat urus ini bertujuan mendapatkan pandangan, cadangan serta input daripada agensi-agensi berkaitan bagi membantu AMMP merangka dan membangunkan Kursus Kompetensi Lombong yang komprehensif, relevan serta memenuhi keperluan semasa industri. Inisiatif ini juga dilihat sebagai usaha memperkasakan kompetensi, pengetahuan dan kemahiran tenaga kerja dalam sektor perlombongan, sekali gus menyokong pembangunan industri mineral yang lebih mampan, selamat dan berdaya saing di negeri Pahang.

Selain itu, perbincangan turut memberi penekanan terhadap aspek perundangan, akta, garis panduan serta keperluan pematuhan yang berkaitan dengan aktiviti perlombongan. Perkara ini penting bagi memastikan kursus yang dibangunkan bukan sahaja meningkatkan kecekapan pekerja, malah mampu memberi kefahaman menyeluruh mengenai tanggungjawab serta pematuhan terhadap kehendak agensi-agensi pengawal selia.

AMMP amat menghargai komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh semua agensi yang hadir dalam menjayakan sesi libat urus ini. Diharapkan hasil perbincangan dan perkongsian pandangan tersebut dapat menjadi asas kepada pembangunan program latihan yang lebih berkualiti, praktikal dan selaras dengan keperluan industri, seterusnya melahirkan tenaga kerja yang kompeten serta menyumbang kepada kemajuan sektor perlombongan di Malaysia.

“Merintis Kelestarian Mineral Negara”

Skip to content