Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) telah menyampaikan sumbangan berupa kurma dan air mineral sebagai tanda kebersamaan dalam menyambut kedatangan bulan ramadan. sumbangan ini disalurkan melalui Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Lipis untuk diagihkan kepada masjid-masjid sekitar kuala lipis, bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati oleh masyarakat setempat.

Inisiatif ini bukan sekadar sumbangan, tetapi juga sebagai usaha ammp untuk memperkukuh hubungan dengan komuniti setempat serta mendukung nilai kebersamaan dalam bulan yang penuh keberkatan ini. kerjasama erat antara AMMP dan MUIP Cawangan Lipis diharap dapat menjadi pemangkin kepada lebih banyak usaha bersama yang memberi manfaat kepada masyarakat.

AMMP amat menghargai kesudian Muip Cawangan Lipis dalam menjayakan agihan ini, dan berharap sumbangan ini dapat menyemarakkan lagi semangat ramadan serta menjadi juadah pemanis mulut ketika berbuka puasa. Semoga usaha kecil ini membawa keberkatan dan mempererat silaturahim antara ammp dengan masyarakat sekitarnya.
“𝐌𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐢𝐬 𝐊𝐞𝐥𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐧𝐞𝐫𝐚𝐥 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚”








