Ucapan penghargaan yang tinggi diberikan kepada Talent Tech @ UMPSA Advanced Education atas penganjuran seminar bertajuk “Nurturing An Eco-Mining Practice for Sustainable Mining In Malaysia” yang berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Seminar ini memberi fokus kepada kelestarian dalam industri perlombongan di Malaysia, dengan penglibatan para peserta daripada jabatan kerajaan serta syarikat-syarikat industri perlombongan di seluruh negara.

Seminar yang diadakan baru-baru ini memberi pendedahan yang mendalam mengenai isu-isu semasa dalam sektor perlombongan, termasuk cabaran-cabaran yang dihadapi di lapangan serta usaha-usaha untuk memperkenalkan amalan perlombongan yang lebih mesra alam dan mampan. Pendedahan ini penting dalam menggariskan hala tuju industri perlombongan ke arah kemampanan yang lebih baik untuk masa depan.

Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) juga diberikan ruang untuk memperkenalkan akademi kepada para peserta seminar yang hadir, sebagai sebahagian daripada usaha memperluaskan jaringan kolaborasi antara sektor pendidikan dan industri. Pihak AMMP mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan untuk bekerjasama dalam seminar ini.

“𝐌𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐢𝐬 𝐊𝐞𝐥𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐧𝐞𝐫𝐚𝐥 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚”








