Satu sesi perjumpaan telah diadakan antara Pengarah Pusat SMaRRT UMPSA, YBrs Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Yusri bin Mohd Yunus bersama Felo Perunding Utama, YH Datoβ Ir. Ts. Dr. Badrulhisham bin Abdul Aziz dan Pegawai Penyelidik, Encik Mohd Hashim bin Mohd Saad.

Perjumpaan ini bertujuan untuk memperkukuh lagi kerjasama antara pihak Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) dan Pusat SMaRRT UMPSA dalam usaha menyelaraskan serta meningkatkan mutu program akademik. Ini selaras dengan komitmen kedua-dua pihak untuk memajukan industri mineral negara, memastikan penguasaan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini terus berkembang seiring dengan keperluan industri yang semakin pesat.
“πππ«π’π§ππ’π¬ πππ₯ππ¬πππ«π’ππ§ ππ’π§ππ«ππ₯ πππ ππ«π”








