YAB Datoβ Seri Wan Rosdy bin Wan Ismail telah meluangkan masa mengunjungi booth Pahang Barat Plus dan Akademi Mineral Malaysia Pahang sempena lawatan rasmi beliau. Kehadiran beliau diiringi oleh YB Dato’ Sri Abdul Rahman Bin Mohamad, Timbalan Menteri Sumber Manusia; YB Dato’ Mohamad Nizar bin Dato’ Sri Mohamad Najib, Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang; YH Datoβ Hamdan Bin Hussin, Pengarah Tanah dan Galian Pahang; serta YH Dato’ Mohd Hafizi Bin Ibrahim, Pegawai Daerah Lipis, bersama pegawai-pegawai kanan.

Dalam lawatan tersebut, Pengarah Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP), En Rashdan bin Abdul Manaf, telah memberi penerangan terperinci berkaitan pelan pembangunan strategik dan hala tuju latihan kemahiran yang sedang dan bakal dilaksanakan oleh AMMP kepada para tetamu kehormat. Lawatan ini menggambarkan komitmen kerajaan negeri dalam mendukung usaha pembangunan modal insan serta sektor mineral dan sumber asli di Pahang.
“πππ«π’π§ππ’π¬ πππ₯ππ¬πππ«π’ππ§ ππ’π§ππ«ππ₯ πππ ππ«π”








