Kunjung hormat Pengarah Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) ke Pejabat Yang Dipertua Majlis Daerah Lipis, YH Datoβ Mohd Hafizi bin Ibrahim, berlangsung dalam suasana mesra dan penuh profesionalisme. Sesi pertemuan ini bertujuan untuk berkongsi perkembangan terkini AMMP yang telah beroperasi sepenuhnya sejak September 2024 serta memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara AMMP dan Pejabat Majlis Daerah Lipis (MDL) dalam pelbagai urusan rasmi.

AMMP terus menunjukkan komitmen tinggi dalam usaha membangunkan diri sebagai pusat latihan teknikal dan akademik terkemuka, dengan perancangan untuk menawarkan program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) serta modul berasaskan TVET yang menumpukan kepada industri mineral di negeri Pahang khususnya, dan Malaysia secara amnya. Langkah ini sejajar dengan matlamat memperkasakan tenaga kerja mahir dalam sektor mineral, sekali gus menyokong pembangunan industri serta ekonomi negara.
βMerintis Kelestarian Mineral Negaraβ








