Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Open University Malaysia (OUM) Cawangan Lipis, Tuan Radziyuddin bin Sulaiman dalam satu sesi lawatan yang berlangsung baru-baru ini.

Kunjungan ini menjadi medan pertemuan yang signifikan dalam membuka ruang perbincangan mengenai potensi kerjasama strategik antara AMMP dan OUM, khususnya dalam aspek memperkasa pembangunan pendidikan serta latihan teknikal dan vokasional di Daerah Lipis.
Pertemuan ini turut membincangkan inisiatif bersama yang boleh dilaksanakan bagi menyokong pembangunan modal insan tempatan, seiring dengan aspirasi kerajaan negeri Pahang dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang berdaya saing dan relevan dengan keperluan industri semasa.

AMMP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak OUM Cawangan Lipis atas kesudian meluangkan masa berkunjung dan berharap agar jalinan kerjasama ini dapat diteruskan demi manfaat bersama pada masa akan datang.
“Merintis Kelestarian Mineral Negara”








