Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) menerima kunjungan hormat daripada Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, YB Dato’ Mohamad Nizar bin Dato’ Sri Mohamad Najib, yang diiringi oleh Pegawai Daerah Pekan, YH Dato’ Zaliza Bin Zulkipli, dan Timbalan Pengarah Pejabat Tanah Galian Pahang (Bahagian Pembangunan), Tuan Azora @ Ahmad Bin Shamsudin. Turut hadir di majlis pembukaan Karnival adalah Ketua Pegawai Eksekutif Pahang Barat Plus, YH Dato’ Rose Samsul Bin Abdul Razak. Kehadiran mereka menandakan sokongan yang kuat terhadap usaha-usaha AMMP dalam memajukan sektor mineral di negeri Pahang, serta memperkenalkan lebih banyak peluang dalam bidang sains, teknologi, dan inovasi.

Kunjungan ini memberi peluang kepada pihak AMMP untuk memperlihatkan inisiatif-inisiatif terbaru dalam pembangunan akademi serta peluang kerjasama yang boleh dijalin antara kerajaan negeri, pihak industri, dan komuniti setempat. Program ini juga membuka ruang untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan latihan dan pembangunan kemahiran dalam sektor mineral, selaras dengan inisiatif kerajaan negeri untuk memperkukuhkan daya saing dan kelestarian industri.

“𝐌𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐢𝐬 𝐊𝐞𝐥𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐧𝐞𝐫𝐚𝐥 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚”








