Slide

"Penubuhan Akademi Mineral Malaysia Pahang akan menjadi nadi utama pusat peningkatan latihan kemahiran bidang mineral khususnya kepada pekerja sedia ada di dalam industri perlombongan dan pengkuarian di samping berfungsi sebagai sebuah pusat 'capacity building' secara holistik di Negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya"

- Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang ke -15

Merintis Kelestarian
Mineral Negara

Komited melahirkan pakar melalui pendidikan, penyelidikan, dan latihan inovatif, Akademi Mineral Malaysia Pahang memacu industri mineral ke arah kelestarian dan daya saing global.

Lawatan Tapak Kampus Induk Akademi Mineral Malaysia Pahang di Bukit Sarang, Kuala Lipis.

Lawatan tapak bagi pembinaan kampus induk Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) telah berlangsung dengan kehadiran YH Dato’ TPr Harizah binti Dato’ Haji Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pahang Barat Plus, bersama Encik Mohd Aizudeen bin Mohammad Meseztor, Pegawai Perancang Bandar dan Desa.

Turut serta dalam tinjauan ini ialah Penolong Pengarah AMMP serta pasukan juruterbang dron dari Pahang Skills Development Centre (Pahang Skills), yang memainkan peranan penting dalam mendokumentasikan keadaan tapak secara teknikal dan terperinci.

Pihak penganjur juga merakamkan penghargaan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Lipis atas bantuan kenderaan pacuan empat roda yang memudahkan perjalanan sepanjang lawatan tersebut.

Projek pembangunan kampus induk ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada kemajuan industri mineral negara, seterusnya mengukuhkan sektor ini melalui penyediaan tenaga kerja mahir dan infrastruktur yang berkualiti.

“𝐌𝐞𝐫𝐒𝐧𝐭𝐒𝐬 𝐊𝐞π₯𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫𝐒𝐚𝐧 𝐌𝐒𝐧𝐞𝐫𝐚π₯ 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚”

Skip to content