Lawatan tapak bagi pembinaan kampus induk Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) telah berlangsung dengan kehadiran YH Datoβ TPr Harizah binti Datoβ Haji Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pahang Barat Plus, bersama Encik Mohd Aizudeen bin Mohammad Meseztor, Pegawai Perancang Bandar dan Desa.
Turut serta dalam tinjauan ini ialah Penolong Pengarah AMMP serta pasukan juruterbang dron dari Pahang Skills Development Centre (Pahang Skills), yang memainkan peranan penting dalam mendokumentasikan keadaan tapak secara teknikal dan terperinci.

Pihak penganjur juga merakamkan penghargaan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Lipis atas bantuan kenderaan pacuan empat roda yang memudahkan perjalanan sepanjang lawatan tersebut.
Projek pembangunan kampus induk ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada kemajuan industri mineral negara, seterusnya mengukuhkan sektor ini melalui penyediaan tenaga kerja mahir dan infrastruktur yang berkualiti.
“πππ«π’π§ππ’π¬ πππ₯ππ¬πππ«π’ππ§ ππ’π§ππ«ππ₯ πππ ππ«π”








