Slide

"Penubuhan Akademi Mineral Malaysia Pahang akan menjadi nadi utama pusat peningkatan latihan kemahiran bidang mineral khususnya kepada pekerja sedia ada di dalam industri perlombongan dan pengkuarian di samping berfungsi sebagai sebuah pusat 'capacity building' secara holistik di Negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya"

- Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang ke -15

Merintis Kelestarian
Mineral Negara

Komited melahirkan pakar melalui pendidikan, penyelidikan, dan latihan inovatif, Akademi Mineral Malaysia Pahang memacu industri mineral ke arah kelestarian dan daya saing global.

Pengenalan Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) kepada Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Kuala Lipis

Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) telah menerima kunjungan rasmi daripada Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Kuala Lipis. Kunjungan ini bertujuan untuk memperkenalkan peranan dan fungsi AMMP kepada ahli-ahli WI, sekali gus membuka ruang untuk kolaborasi lebih erat di masa hadapan.

Program ini bukan sahaja bertujuan memperkenalkan AMMP sebagai sebuah institusi latihan dalam bidang mineral, malah menekankan peranan akademi ini dalam membangunkan kemahiran insani yang bermanfaat kepada komuniti setempat. Ahli-ahli WI Kuala Lipis berpeluang mengetahui pelbagai inisiatif dan kursus yang ditawarkan oleh AMMP, termasuk potensi akademi ini sebagai pemangkin pembangunan modal insan di daerah tersebut.

Kunjungan ini menjadi platform yang signifikan dalam usaha memperkasa pembangunan masyarakat di Kuala Lipis, khususnya ahli-ahli WI. Dengan jalinan ini, AMMP berhasrat untuk terus menjalin kerjasama strategik bersama agensi-agensi kerajaan, jabatan-jabatan tempatan, serta organisasi komuniti lain di daerah Lipis. Langkah ini bertujuan memperkukuh peranan AMMP sebagai sebuah pusat rujukan latihan mineral dan kemahiran insani yang relevan kepada keperluan semasa.

Semoga kunjungan seperti ini dapat memupuk sinergi antara AMMP dan masyarakat Kuala Lipis, dalam usaha memajukan komuniti secara inklusif dan menyeluruh.

“𝐌𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐢𝐬 𝐊𝐞𝐥𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐧𝐞𝐫𝐚𝐥 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚”

Skip to content