Slide

"Penubuhan Akademi Mineral Malaysia Pahang akan menjadi nadi utama pusat peningkatan latihan kemahiran bidang mineral khususnya kepada pekerja sedia ada di dalam industri perlombongan dan pengkuarian di samping berfungsi sebagai sebuah pusat 'capacity building' secara holistik di Negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya"

- Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang ke -15

Merintis Kelestarian
Mineral Negara

Komited melahirkan pakar melalui pendidikan, penyelidikan, dan latihan inovatif, Akademi Mineral Malaysia Pahang memacu industri mineral ke arah kelestarian dan daya saing global.

Lawatan Kunjung Hormat ke Pejabat Unit Pahang Barat Plus serta Makluman Perkembangan Terkini AMMP

Pengarah Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP), bersama Penolong Pengarah, telah mengadakan lawatan kunjung hormat ke pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Pahang Barat Plus, Yang Hormat Dato’ Haji Suris Bin Mihat. Lawatan tersebut bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan strategik antara kedua-dua pihak dalam usaha memajukan pembangunan latihan teknikal di negeri Pahang. Sepanjang pertemuan, Dato’ Haji Suris berkongsi pandangan dan input bernas yang relevan untuk meningkatkan mutu kursus latihan teknikal di AMMP, selari dengan keperluan industri terkini.

Perbincangan ini juga memberi penekanan terhadap peluang kerjasama antara AMMP dan Pahang Barat Plus, terutama dalam aspek pembangunan sumber manusia, penyelidikan, dan pemindahan teknologi untuk memperkasakan sektor mineral dan sumber asli. Usaha ini dilihat mampu menjadi pemangkin dalam mencapai sasaran pembangunan mampan negeri menjelang tahun 2025.

Lawatan ini mencerminkan komitmen AMMP untuk terus berinovasi dan memastikan program-program yang ditawarkan relevan dengan kehendak pasaran serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi tempatan.

“Merintis Kelestarian Mineral Negara”

Skip to content