Slide

"Penubuhan Akademi Mineral Malaysia Pahang akan menjadi nadi utama pusat peningkatan latihan kemahiran bidang mineral khususnya kepada pekerja sedia ada di dalam industri perlombongan dan pengkuarian di samping berfungsi sebagai sebuah pusat 'capacity building' secara holistik di Negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya"

- Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang ke -15

Merintis Kelestarian
Mineral Negara

Komited melahirkan pakar melalui pendidikan, penyelidikan, dan latihan inovatif, Akademi Mineral Malaysia Pahang memacu industri mineral ke arah kelestarian dan daya saing global.

Lawatan kunjung hormat Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) ke pejabat Jabatan Mineral & Geosains, Pahang

Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) telah mengadakan lawatan kunjung hormat ke Pejabat Jabatan Mineral & Geosains (JMG) Pahang bagi menjalin kerjasama strategik antara kedua-dua pihak. Pertemuan ini melibatkan Pengarah AMMP bersama Pengarah JMG Pahang, YBrs. Puan Siti Aminah Binti Abdul Sarif, Timbalan Pengarah, serta pegawai-pegawai kanan JMG.

Lawatan ini bertujuan untuk memperkenalkan AMMP serta fungsi-fungsinya, selain membincangkan kolaborasi dan inisiatif yang boleh dilaksanakan bagi memperkukuhkan industri mineral di Pahang. Antara fokus utama perbincangan adalah memastikan pencapaian Pelan Transformasi Mineral Negara 2021-2030 melalui pelbagai program latihan yang disasarkan untuk membangunkan kapasiti tenaga kerja.

Kerjasama ini diharap dapat memberi impak positif terhadap pembangunan sektor mineral secara mampan di negeri Pahang, selari dengan matlamat nasional untuk meningkatkan daya saing industri ini.

“𝐌𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐢𝐬 𝐊𝐞𝐥𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐧𝐞𝐫𝐚𝐥 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚”

Skip to content