Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) telah mengadakan sesi perjumpaan yang penting bagi penyelarasan kursus-kursus yang berfokuskan kepada pembangunan kemahiran dan akademik dalam industri mineral. Sesi perbincangan ini telah diketuai oleh Pengarah AMMP, yang turut melibatkan penyertaan aktif daripada Pengarah Centre for Sustainability of Mineral and Resource Recovery Technology (Pusat SMaRRT UMP), YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Yusri bin Mohd Yunus, bersama beberapa orang tenaga pengajar Pusat SMaRRT UMP.

Perbincangan tersebut bertujuan untuk merangka modul-modul kursus yang berteraskan kemahiran teknikal dan akademik dalam bidang mineral. Kerjasama ini bertujuan untuk memperkukuhkan asas pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sumber mineral serta menyediakan program yang relevan dengan keperluan industri dan perkembangan teknologi terkini.
Modul yang akan dibangunkan akan memberi fokus kepada penguasaan aspek kemahiran dalam pengurusan sumber mineral, serta penyelidikan berterusan dalam bidang pemuliharaan dan pemulihan sumber. Kerjasama ini juga diharapkan dapat mengukuhkan kapasiti tenaga kerja dalam industri mineral di Malaysia, terutamanya di negeri Pahang.
“𝐌𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐢𝐬 𝐊𝐞𝐥𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐧𝐞𝐫𝐚𝐥 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚”








