Slide

"Penubuhan Akademi Mineral Malaysia Pahang akan menjadi nadi utama pusat peningkatan latihan kemahiran bidang mineral khususnya kepada pekerja sedia ada di dalam industri perlombongan dan pengkuarian di samping berfungsi sebagai sebuah pusat 'capacity building' secara holistik di Negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya"

- Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang ke -15

Merintis Kelestarian
Mineral Negara

Komited melahirkan pakar melalui pendidikan, penyelidikan, dan latihan inovatif, Akademi Mineral Malaysia Pahang memacu industri mineral ke arah kelestarian dan daya saing global.

Perbincangan Kajian Rancangan Tempatan Majlis Daerah Lipis 2035 (Penggantian)

Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) telah menghadiri perbincangan yang dianjurkan oleh PLANMalaysia bertempat di Dewan Banquet Majlis Daerah Lipis.

Perbincangan tersebut melibatkan beberapa jabatan Kerajaan dan Unit Pelaburan serta Perancangan Bandar bagi mengenal pasti pelan pembangunan jangka masa panjang Daerah Lipis khususnya dalam industri perlombongan dan pengkuarian di Kuala Lipis.

“𝐌𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐢𝐬 𝐊𝐞𝐥𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐧𝐞𝐫𝐚𝐥 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚”

Skip to content