Mesyuarat telah diadakan dengan perkongsian ilmu dan idea antara wakil dari Jabatan Mineral Geosains Pahang (JMG), Pahang Mining Corporation (PMC), dan Pejabat Tanah dan Galian Pahang (PTG) berkaitan penambahbaikan perancangan kursus-kursus teknikal serta aktiviti yang akan dianjurkan oleh Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP). Dalam pertemuan tersebut, turut dibincangkan cadangan program bersama rakan strategik AMMP, iaitu Pahang Skills dan UMPSA.

Perkongsian ini diharapkan dapat memperluas rangkaian kursus kepada pemain industri mineral di Pahang dan negara secara keseluruhan, serta meningkatkan lagi kecekapan dan kemahiran dalam sektor perlombongan. Dengan kerjasama yang erat antara semua pihak, AMMP berhasrat untuk terus memperkukuh peranannya dalam pembangunan industri mineral di Malaysia.
“𝐌𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐢𝐬 𝐊𝐞𝐥𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐧𝐞𝐫𝐚𝐥 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚”








