Slide

"Penubuhan Akademi Mineral Malaysia Pahang akan menjadi nadi utama pusat peningkatan latihan kemahiran bidang mineral khususnya kepada pekerja sedia ada di dalam industri perlombongan dan pengkuarian di samping berfungsi sebagai sebuah pusat 'capacity building' secara holistik di Negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya"

- Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang ke -15

Merintis Kelestarian
Mineral Negara

Komited melahirkan pakar melalui pendidikan, penyelidikan, dan latihan inovatif, Akademi Mineral Malaysia Pahang memacu industri mineral ke arah kelestarian dan daya saing global.

Memenuhi jemputan Pahang Mining Corporation ke Mesyuarat Pemurnian Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi Perlombongan Nadir Bumi bukan Radioaktif (NR-REE) di Negeri Pahang.

Lawatan tapak bagi pembinaan kampus induk Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) telah diadakan pada 19 April 2024 dengan kehadiran YH Dato’ TPr Harizah binti Dato’ Haji Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pahang Barat Plus, bersama Encik Mohd Aizudeen bin Mohammad Meseztor, Pegawai Perancang Bandar dan Desa.

Tinjauan ini turut disertai oleh Penolong Pengarah AMMP serta pasukan juruterbang dron dari Pahang Skills Development Centre (Pahang Skills), yang menjalankan dokumentasi teknikal bagi memastikan kelancaran pembangunan.

Sokongan logistik dari Pejabat Daerah dan Tanah Lipis melalui penyediaan kenderaan pacuan empat roda juga amat dihargai dalam menjayakan sesi lawatan ini.

Projek ini diharapkan mampu menjadi tonggak utama dalam memacu kemajuan industri mineral negara melalui penyediaan infrastruktur dan tenaga kerja berkualiti.

“𝐌𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐢𝐬 𝐊𝐞𝐥𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐧𝐞𝐫𝐚𝐥 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚”

Skip to content