Slide

"Penubuhan Akademi Mineral Malaysia Pahang akan menjadi nadi utama pusat peningkatan latihan kemahiran bidang mineral khususnya kepada pekerja sedia ada di dalam industri perlombongan dan pengkuarian di samping berfungsi sebagai sebuah pusat 'capacity building' secara holistik di Negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya"

- Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang ke -15

Merintis Kelestarian
Mineral Negara

Komited melahirkan pakar melalui pendidikan, penyelidikan, dan latihan inovatif, Akademi Mineral Malaysia Pahang memacu industri mineral ke arah kelestarian dan daya saing global.

Sinergi AMMP bersama GE Mining Sdn. Bhd.

Satu kunjungan hormat oleh Pengarah Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP), Encik Rashdan bin Abdul Manaf telah diadakan ke GE Mining Sdn. Bhd., Kuantan. Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara institusi latihan kemahiran dan pihak industri dalam usaha membangunkan modal insan berkemahiran tinggi di sektor mineral.

Dalam kunjungan tersebut, Pengarah AMMP telah berpeluang bertemu dengan Puan Rozfalily Mustafa, Pengurus Kanan Pembangunan Projek GE Mining Sdn. Bhd. Pertemuan ini menjadi wadah untuk membincangkan pelbagai aspek penting berkaitan keperluan latihan bagi pekerja industri sedia ada, di samping meneroka potensi kolaborasi jangka panjang dalam bidang pembangunan kemahiran dan latihan teknikal.

Antara topik utama yang dibincangkan termasuklah pertukaran idea dan perkongsian awal mengenai keperluan set kemahiran TVET sebagai asas kepada perancangan program latihan persijilan kemahiran. Inisiatif ini diharap dapat memberi peluang kepada golongan belia tempatan untuk menceburi sektor mineral sebagai tenaga kerja berkemahiran tinggi serta memperkukuh keupayaan tenaga kerja di negeri Pahang.

Diharapkan sinergi antara AMMP dan pemain-pemain industri mineral seperti GE Mining ini dapat memperkukuh ekosistem pembangunan industri mineral di Pahang khususnya, dan seterusnya menyumbang kepada kemajuan sektor mineral negara secara keseluruhan.

“Merintis Kelestarian Mineral Negara”

Skip to content