Slide

"Penubuhan Akademi Mineral Malaysia Pahang akan menjadi nadi utama pusat peningkatan latihan kemahiran bidang mineral khususnya kepada pekerja sedia ada di dalam industri perlombongan dan pengkuarian di samping berfungsi sebagai sebuah pusat 'capacity building' secara holistik di Negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya"

- Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang ke -15

Merintis Kelestarian
Mineral Negara

Komited melahirkan pakar melalui pendidikan, penyelidikan, dan latihan inovatif, Akademi Mineral Malaysia Pahang memacu industri mineral ke arah kelestarian dan daya saing global.

Serah Kerja menaiktaraf Kampus Akademi Mineral Malaysia Pahang, Lipis Centrepoint

𝟏𝟖 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒 :

Projek renovasi dan naik taraf fasiliti baharu Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) yang terletak di Lipis Centrepoint, Kuala Lipis, kini berjaya disiapkan sepenuhnya. Penghargaan tinggi diberikan kepada Majlis Daerah Lipis (MDL) selaku agensi pelaksana yang dilantik oleh Pahang Skills atas dedikasi dan komitmen memastikan projek ini direalisasikan mengikut jadual dan piawaian yang ditetapkan.

Majlis penyerahan kerja siap projek telah disempurnakan oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Lipis, YH Dato’ Mohd Hafizi Ibrahim, yang menyerahkan dokumen rasmi kepada pihak Pahang Skills. Penyerahan tersebut diterima oleh Timbalan Pengarah Eksekutif 1 Pahang Skills, yang juga peneraju penubuhan AMMP.

Turut hadir menyaksikan majlis tersebut adalah Pengarah AMMP, pegawai-pegawai MDL, serta wakil kontraktor pelaksana projek. Kehadiran mereka mencerminkan kerjasama erat antara semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek penting ini.

Fasiliti baharu ini dijangka menjadi pemangkin kepada pelbagai aktiviti latihan dan program pembangunan modal insan yang akan dilaksanakan oleh AMMP. Dengan sokongan berterusan daripada pihak berwajib, AMMP berhasrat untuk terus menyediakan platform pendidikan berkualiti yang menyumbang kepada kemajuan sektor mineral di Malaysia.

“𝐌𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐢𝐬 𝐊𝐞𝐥𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐧𝐞𝐫𝐚𝐥 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚”

Skip to content