Slide

"Penubuhan Akademi Mineral Malaysia Pahang akan menjadi nadi utama pusat peningkatan latihan kemahiran bidang mineral khususnya kepada pekerja sedia ada di dalam industri perlombongan dan pengkuarian di samping berfungsi sebagai sebuah pusat 'capacity building' secara holistik di Negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya"

- Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang ke -15

Merintis Kelestarian
Mineral Negara

Komited melahirkan pakar melalui pendidikan, penyelidikan, dan latihan inovatif, Akademi Mineral Malaysia Pahang memacu industri mineral ke arah kelestarian dan daya saing global.

Program Sentuhan Rakyat Makmur Negeri Pahang Peringkat Daerah Lipis

Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang atas jemputan untuk menyertai Program Sentuhan Rakyat Makmur, sebuah inisiatif proaktif Kerajaan Negeri dalam memastikan kebajikan rakyat terus diberi perhatian. Program ini bertujuan untuk membantu masyarakat setempat dengan pelbagai bentuk bantuan serta khidmat nasihat daripada pelbagai agensi kerajaan yang terlibat.

Sepanjang program berlangsung, AMMP turut mengambil peluang untuk berkongsi maklumat berkaitan peranan akademi dalam pembangunan tenaga mahir dalam industri mineral, khususnya dalam sektor perlombongan dan pengkuarian. Dengan kepakaran yang ada, AMMP komited dalam menyediakan latihan teknikal bagi melahirkan tenaga kerja yang berkualiti, selaras dengan keperluan industri serta dasar pembangunan negeri dan negara.

Selain itu, program ini juga melibatkan sesi townhall bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang serta ketua-ketua jabatan dari pelbagai agensi di Negeri Pahang. Sesi ini menjadi medan perbincangan yang efektif dalam menangani pelbagai isu berbangkit yang dihadapi oleh masyarakat setempat, terutamanya yang melibatkan pembangunan sosioekonomi di Daerah Lipis. Perbincangan secara langsung ini membolehkan pihak berkuasa mendengar sendiri keluhan serta cadangan daripada rakyat bagi menambah baik perkhidmatan dan inisiatif kerajaan di peringkat daerah.

Penyertaan AMMP dalam program ini bukan sekadar sebagai institusi latihan, tetapi juga sebagai rakan strategik dalam usaha membangunkan modal insan yang berkemahiran tinggi dalam sektor mineral. AMMP percaya bahawa kerjasama erat antara kerajaan, institusi pendidikan, dan masyarakat adalah kunci utama dalam memastikan pembangunan yang mampan serta kesejahteraan rakyat.

Diharapkan, program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuh hubungan antara kerajaan dan rakyat, selain memastikan setiap inisiatif yang diperkenalkan benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat setempat. AMMP akan terus menyokong usaha-usaha kerajaan dalam membangunkan industri mineral secara lestari demi kemajuan Negeri Pahang dan Malaysia secara keseluruhannya.

“Merintis Kelestarian Mineral Negara”

Skip to content