Slide

"Penubuhan Akademi Mineral Malaysia Pahang akan menjadi nadi utama pusat peningkatan latihan kemahiran bidang mineral khususnya kepada pekerja sedia ada di dalam industri perlombongan dan pengkuarian di samping berfungsi sebagai sebuah pusat 'capacity building' secara holistik di Negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya"

- Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang ke -15

Merintis Kelestarian
Mineral Negara

Komited melahirkan pakar melalui pendidikan, penyelidikan, dan latihan inovatif, Akademi Mineral Malaysia Pahang memacu industri mineral ke arah kelestarian dan daya saing global.

Program “Kenali Mesra” Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) bersama Penghulu-Penghulu Mukim di Daerah Lipis.

Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) telah menganjurkan Program “Kenali Mesra” bersama penghulu-penghulu mukim di Daerah Lipis bagi memperkenalkan AMMP sebagai sebuah Akademi Latihan Kemahiran Teknikal dan Akademik yang memfokuskan kepada bidang mineral.

Program ini turut menjadi medan untuk mengeratkan hubungan antara AMMP dan para penghulu mukim, selain membuka ruang perbincangan mengenai keperluan latihan khusus yang relevan kepada pengusaha Skim Pelombong Kecil (SPK) di kawasan masing-masing.

Pertemuan sulung ini telah menerima pelbagai maklum balas, idea dan cadangan yang membina ke arah memperkasa latihan berkaitan industri mineral kepada komuniti setempat.

“Merintis Kelestarian Mineral Negara”

Skip to content