Slide

"Penubuhan Akademi Mineral Malaysia Pahang akan menjadi nadi utama pusat peningkatan latihan kemahiran bidang mineral khususnya kepada pekerja sedia ada di dalam industri perlombongan dan pengkuarian di samping berfungsi sebagai sebuah pusat 'capacity building' secara holistik di Negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya"

- Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang ke -15

Merintis Kelestarian
Mineral Negara

Komited melahirkan pakar melalui pendidikan, penyelidikan, dan latihan inovatif, Akademi Mineral Malaysia Pahang memacu industri mineral ke arah kelestarian dan daya saing global.

Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Daerah Lipis memilih fasiliti AMMP bagi penganjuran mesyuarat.

AMMP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Daerah Lipis atas kesudian memilih fasiliti AMMP sebagai lokasi penganjuran mesyuarat rasmi mereka. Kehadiran delegasi WI Daerah Lipis yang diketuai oleh Pengerusi, Hajah Wan Norizan binti Haji Wan Badaruzzaman, amat dihargai dan telah disambut dengan penuh mesra oleh pihak pengurusan. Pemilihan ini mencerminkan keyakinan pihak pertubuhan terhadap kualiti kemudahan yang disediakan, serta keupayaan AMMP dalam menyokong pelbagai bentuk program dan pertemuan rasmi secara selesa, tersusun dan berkesan.

Sebagai sebuah institusi yang sentiasa menyokong inisiatif komuniti, AMMP amat mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama dengan pertubuhan tempatan, terutamanya dari segi penyediaan fasiliti seperti bilik mesyuarat, bilik kuliah dan makmal komputer yang lengkap dan kondusif. Diharapkan hubungan baik yang terjalin bersama WI Daerah Lipis ini akan membuka lebih banyak ruang kerjasama di masa hadapan, khususnya dalam program pemerkasaan wanita, pendidikan komuniti dan pembangunan sosial. Sekali lagi, penghargaan diucapkan kepada WI Daerah Lipis atas kepercayaan yang diberikan dan semoga segala urusan mesyuarat yang diadakan berjalan lancar serta mencapai objektif yang dihasratkan.

“Merintis Kelestarian Mineral Negara”

Skip to content