Pengarah Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP), En. Rashdan bin Abdul Manaf telah mengadakan satu kunjungan hormat ke pejabat Pengerusi Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Cawangan Lipis, En. Zainuddin bin Mansor, dalam usaha memperkukuh jaringan strategik antara institusi latihan kemahiran dan pemain industri tempatan.
Pertemuan ini membuka ruang perbincangan berkenaan potensi kerjasama dua hala antara AMMP dan PKMM Lipis, khususnya dalam aspek pembangunan kapasiti dan kompetensi kontraktor-kontraktor tempatan. Antara fokus utama yang dibincangkan termasuklah penyediaan latihan kemahiran teknikal, pensijilan kompetensi, serta program peningkatan profesionalisme yang bersesuaian dengan keperluan industri pembinaan dan perlombongan setempat.

Melalui kerjasama ini, AMMP berhasrat untuk memainkan peranan lebih aktif dalam menyokong pembangunan kontraktor bumiputera, bukan sahaja dari segi penawaran program latihan yang relevan, tetapi juga dalam membina laluan kemajuan kerjaya dan keusahawanan yang lebih mampan bagi komuniti setempat.
Pertemuan ini turut mencerminkan komitmen bersama kedua-dua pihak dalam memastikan sinergi antara institusi latihan dan industri dapat dimanfaatkan secara optimum demi meningkatkan kualiti serta daya saing kontraktor Melayu, khususnya di daerah Lipis dan kawasan sekitarnya.
“Merintis Kelestarian Mineral Negara”








