Pihak AMMP yang kini berada di Bentong sempena menyertai Karnival Makmur Bentong telah mengambil peluang untuk membuat kunjung hormat ke pejabat Encik Mohd Yusri bin Mohd Nor, yang kini bertugas di Pejabat Daerah dan Tanah Bentong.
Dalam pertemuan tersebut, pihak AMMP telah berkongsi perkembangan terkini AMMP yang telah dilaksanakan sehingga kini. Untuk rekod, beliau juga adalah antara nadi utama dalam pembangunan AMMP di peringkat awal semasa berkhidmat di Pahang Skills. Pertemuan ini turut mengukuhkan lagi hubungan antara AMMP dan pihak berkuasa tempatan dalam usaha memajukan sektor mineral dan latihan kemahiran di Negeri Pahang.
“𝐌𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐢𝐬 𝐊𝐞𝐥𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐧𝐞𝐫𝐚𝐥 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚”








