Slide

"Penubuhan Akademi Mineral Malaysia Pahang akan menjadi nadi utama pusat peningkatan latihan kemahiran bidang mineral khususnya kepada pekerja sedia ada di dalam industri perlombongan dan pengkuarian di samping berfungsi sebagai sebuah pusat 'capacity building' secara holistik di Negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya"

- Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang ke -15

Merintis Kelestarian
Mineral Negara

Komited melahirkan pakar melalui pendidikan, penyelidikan, dan latihan inovatif, Akademi Mineral Malaysia Pahang memacu industri mineral ke arah kelestarian dan daya saing global.

Perbincangan bersama Unit Pembangunan Wanita dan Sosial Negeri Pahang mengenai Latihan Mineral & Geologi untuk Wanita.

Satu perbincangan antara Pengarah AMMP, Encik Rashdan bin Abdul Manaf, dan Puan Mazlina binti Mohamad Lazim, Ketua Unit Pembangunan Wanita dan Sosial Negeri Pahang, telah diadakan bagi meneroka potensi kerjasama strategik dalam penyediaan latihan bidang mineral dan geologi khusus untuk pelombong wanita.

Perbincangan ini turut menyentuh pelbagai inisiatif latihan kemahiran lain yang relevan dan berimpak tinggi dalam usaha memperluas peranan wanita dalam sektor mineral. Usaha ini dilihat sebagai langkah penting ke arah memperkasa golongan wanita dengan peluang latihan yang lebih meluas, seterusnya meningkatkan keupayaan dan kebolehpasaran mereka dalam industri yang semakin berkembang ini.

“Merintis Kelestarian Mineral Negara”

Skip to content