Slide

"Penubuhan Akademi Mineral Malaysia Pahang akan menjadi nadi utama pusat peningkatan latihan kemahiran bidang mineral khususnya kepada pekerja sedia ada di dalam industri perlombongan dan pengkuarian di samping berfungsi sebagai sebuah pusat 'capacity building' secara holistik di Negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya"

- Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang ke -15

Merintis Kelestarian
Mineral Negara

Komited melahirkan pakar melalui pendidikan, penyelidikan, dan latihan inovatif, Akademi Mineral Malaysia Pahang memacu industri mineral ke arah kelestarian dan daya saing global.

Penyerahan Sumbangan Spesimen Galian Mineral oleh YP Mining kepada Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP)

Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YP Mining Sdn. Bhd. atas kesudian menyumbang spesimen mineral bagi tujuan pembelajaran dan latihan kemahiran. Sumbangan ini amat dihargai dalam usaha memperkukuh pendekatan pembelajaran berasaskan bahan sebenar dari industri perlombongan.

Spesimen yang diterima terdiri daripada Pasir Silika dalam tiga (3) saiz berbeza — kasar, sederhana kasar dan halus — yang sangat bernilai dalam memberikan gambaran lebih jelas tentang rupa fizikal serta sifat mineral kepada para pelatih dan peserta kursus di AMMP. Kehadiran bahan rujukan sebenar ini diharap dapat membantu mempertingkatkan kefahaman terhadap aplikasi mineral dalam konteks industri.

Kunjungan daripada pihak YP Mining ini juga membuka ruang kepada perbincangan awal mengenai potensi pelaksanaan program-program kerjasama antara kedua-dua pihak pada masa akan datang. Spesimen tersebut telah disampaikan oleh Encik Mohamed Zamin Mohamed Ali, Pengurus Lombong (Interim), YP Mining Sdn. Bhd. kepada Pengarah AMMP, Encik Rashdan Bin Abdul Manaf dalam suasana penuh mesra dan profesional.

“Merintis Kelestarian Mineral Negara”

Skip to content