Slide

"Penubuhan Akademi Mineral Malaysia Pahang akan menjadi nadi utama pusat peningkatan latihan kemahiran bidang mineral khususnya kepada pekerja sedia ada di dalam industri perlombongan dan pengkuarian di samping berfungsi sebagai sebuah pusat 'capacity building' secara holistik di Negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya"

- Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang ke -15

Merintis Kelestarian
Mineral Negara

Komited melahirkan pakar melalui pendidikan, penyelidikan, dan latihan inovatif, Akademi Mineral Malaysia Pahang memacu industri mineral ke arah kelestarian dan daya saing global.

Penglibatan Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) di National Human Capital Conference & Exhibition (NHCCE) 2024 anjuran HRDCorp.

𝟑𝟎 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒 :

Ruang pameran Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) di National Human Capital Conference & Exhibition (NHCCE) 2024 menjadi tumpuan apabila menerima kunjungan istimewa Menteri Sumber Manusia, YB Tuan Sim Chee Keong. Beliau diiringi oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Sri Abdul Rahman Bin Mohamad, bersama para tetamu jemputan kenamaan lain yang hadir sempena majlis perasmian program.

AMMP bersama Pahang Skills, selaku peneraju akademi, berada di Booth No. C69 di MITEC Kuala Lumpur. Kehadiran di pameran ini bertujuan memperkenalkan pelbagai inisiatif dan peluang latihan teknikal berasaskan mineral yang ditawarkan. Pameran ini menyediakan maklumat mendalam mengenai program latihan, aktiviti pembangunan modal insan, serta peluang kerjasama strategik yang dapat dimanfaatkan oleh pihak industri dan masyarakat.

Kunjungan menteri dan timbalannya menandakan sokongan kuat kerajaan terhadap usaha AMMP dan Pahang Skills dalam memperkukuhkan pembangunan sumber manusia dalam sektor mineral dan teknologi. Program ini menjadi platform terbaik untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan latihan teknikal dan memperluas jangkauan program AMMP kepada pelbagai pihak berkepentingan.

Dengan penglibatan aktif dalam NHCCE 2024, AMMP terus mengukuhkan peranannya sebagai pusat latihan teknikal yang inovatif, memberi impak positif kepada industri mineral di Malaysia dan menyumbang kepada pembangunan negara.

“𝐌𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐢𝐬 𝐊𝐞𝐥𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐧𝐞𝐫𝐚𝐥 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚”

Skip to content