Slide

"Penubuhan Akademi Mineral Malaysia Pahang akan menjadi nadi utama pusat peningkatan latihan kemahiran bidang mineral khususnya kepada pekerja sedia ada di dalam industri perlombongan dan pengkuarian di samping berfungsi sebagai sebuah pusat 'capacity building' secara holistik di Negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya"

- Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang ke -15

Merintis Kelestarian
Mineral Negara

Komited melahirkan pakar melalui pendidikan, penyelidikan, dan latihan inovatif, Akademi Mineral Malaysia Pahang memacu industri mineral ke arah kelestarian dan daya saing global.

Pengenalan Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) melalui Kerjasama dengan HRD Corp

Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) ingin merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada pihak HRD Corp Kuantan atas kesempatan yang diberikan untuk memperkenalkan AMMP sebagai penyedia latihan berpusat di Kuala Lipis. Sesi “Meet & Greet” anjuran HRD Corp ini telah menjadi platform penting untuk AMMP mendekatkan diri dengan masyarakat industri di Lipis.

Peluang ini sangat dihargai kerana ia membuka jalan bagi AMMP memperkenalkan pelbagai program latihan berteraskan bidang mineral kepada industri tempatan. Semoga usaha ini dapat menjadi pemangkin dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang akan menyumbang kepada pembangunan sektor mineral di negeri Pahang dan Malaysia.

“𝐌𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐢𝐬 𝐊𝐞𝐥𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐧𝐞𝐫𝐚𝐥 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚”

Skip to content