Slide

"Penubuhan Akademi Mineral Malaysia Pahang akan menjadi nadi utama pusat peningkatan latihan kemahiran bidang mineral khususnya kepada pekerja sedia ada di dalam industri perlombongan dan pengkuarian di samping berfungsi sebagai sebuah pusat 'capacity building' secara holistik di Negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya"

- Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang ke -15

Merintis Kelestarian
Mineral Negara

Komited melahirkan pakar melalui pendidikan, penyelidikan, dan latihan inovatif, Akademi Mineral Malaysia Pahang memacu industri mineral ke arah kelestarian dan daya saing global.

Penerangan Fungsi Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) Kepada Peserta Skim Pelombong Kecil (SPK)

Pengarah Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP), Encik Rashdan Bin Abdul Manaf telah menyampaikan taklimat mengenai peranan AMMP sebagai pusat latihan mineral yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Pahang, sempena Bengkel Keselamatan Pelombong Kecil anjuran Pahang Mining Corporation (PMC) baru-baru ini.

Dalam sesi tersebut, peserta terdiri daripada pelombong Skim Pelombong Kecil (SPK) telah didedahkan kepada fungsi AMMP serta penawaran latihan dalam bidang mineral, termasuk aspek keselamatan yang penting dalam industri perlombongan.

Taklimat ini diharap dapat membuka kesedaran dalam kalangan pelombong SPK tentang kepentingan latihan formal dan berterusan, seterusnya membantu meningkatkan pengetahuan asas mineral dan produktiviti mereka secara menyeluruh.

Pihak AMMP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan PMC atas kepercayaan yang diberikan untuk menyampaikan taklimat dan menjadikan AMMP sebagai lokasi penganjuran bengkel kali ini.

“Merintis Kelestarian Mineral Negara”

Skip to content