Satu mesyuarat penyelarasan penubuhan syarikat bagi tujuan pengurusan Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) serta sesi perbincangan menyeluruh berkaitan komponen pembangunan Kampus Induk AMMP telah diadakan baru-baru ini bertempat di Pejabat Unit Pahang Barat Plus.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YH Datoβ Haji Suris bin Mihat, Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pahang Barat Plus, dan turut melibatkan penyertaan pelbagai agensi strategik. Antara yang hadir ialah wakil daripada Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Pahang (BPEN), Pahang Skills, Pusat SMaRRT UMPSA, Pahang Mining Corporation, Pahang Gold serta pihak AMMP sendiri.
Perbincangan ini menjadi platform penting dalam menyelaras pelaksanaan penubuhan entiti pengurusan AMMP dan merangka strategi pembangunan fizikal dan akademik kampus induk yang bakal menjadi nadi latihan kemahiran mineral di negeri Pahang. Usaha ini dijangka memberi impak besar terhadap pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam industri mineral selari dengan aspirasi negeri dan negara.
“Merintis Kelestarian Mineral Negara”








