Slide

"Penubuhan Akademi Mineral Malaysia Pahang akan menjadi nadi utama pusat peningkatan latihan kemahiran bidang mineral khususnya kepada pekerja sedia ada di dalam industri perlombongan dan pengkuarian di samping berfungsi sebagai sebuah pusat 'capacity building' secara holistik di Negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya"

- Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang ke -15

Merintis Kelestarian
Mineral Negara

Komited melahirkan pakar melalui pendidikan, penyelidikan, dan latihan inovatif, Akademi Mineral Malaysia Pahang memacu industri mineral ke arah kelestarian dan daya saing global.

Majlis Libat Urus Communication, Education and Public Awareness (CEPA) anjuran JMG Pahang.

Majlis anjuran JMG Negeri Pahang ini telah disempurnakan oleh wakil rasmi Ketua Pengarah JMG Malaysia iaitu Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), YBrs. Tuan Haji Kamaruddan Bin Abdullah.

Inisiatif majlis ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan menggalakkan penyertaan aktif industri perlombongan dan pengkuarian dalam pelestarian sumber alam, sejajar dengan prinsip ESG (Environmental, Social, Governance). Program ini amat penting dalam memastikan industri perlombongan dapat turut serta dalam usaha memelihara alam sekitar dan meningkatkan tadbir urus yang lebih mampan.

Dengan terlaksananya program ini, diharapkan ia dapat memberi sumbangan yang signifikan kepada kelestarian alam sekitar dan pembangunan masyarakat, selain mengukuhkan tadbir urus yang lebih efektif. Ucapan penghargaan yang tinggi diberikan kepada pihak JMG Negeri Pahang atas jemputan untuk Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) menyertai program ini, serta peluang yang diberikan untuk berinteraksi dengan pemain industri mineral dan berkongsi pengetahuan yang bernilai.

“𝐌𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐢𝐬 𝐊𝐞𝐥𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐧𝐞𝐫𝐚𝐥 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚”

Skip to content