Pihak Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) telah mengadakan lawatan kerja sambil belajar ke Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) yang terletak di Ipoh, Perak.

Dalam lawatan tersebut, pihak AMMP berkesempatan bertemu dengan Pengarah BPT, Tuan Hamlee Ismail serta pegawai-pegawai Geosains dari bahagian berkenaan. Pelbagai perkara telah dibincangkan, termasuk perkhidmatan yang ditawarkan oleh BPT serta potensi kolaborasi strategik antara kedua-dua pihak pada masa akan datang.

Sebagai sebahagian daripada pengisian lawatan, delegasi AMMP turut dibawa melawat Muzium Geologi Perak bagi melihat bahan batuan dan mendalami sejarah geologi Malaysia. Pihak AMMP merakamkan penghargaan kepada Encik Muhammad Sufi Musa atas penerangan yang padat dan penuh informasi sepanjang sesi lawatan tersebut.
“Merintis Kelestarian Mineral Negara”








