Slide

"Penubuhan Akademi Mineral Malaysia Pahang akan menjadi nadi utama pusat peningkatan latihan kemahiran bidang mineral khususnya kepada pekerja sedia ada di dalam industri perlombongan dan pengkuarian di samping berfungsi sebagai sebuah pusat 'capacity building' secara holistik di Negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya"

- Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang ke -15

Merintis Kelestarian
Mineral Negara

Komited melahirkan pakar melalui pendidikan, penyelidikan, dan latihan inovatif, Akademi Mineral Malaysia Pahang memacu industri mineral ke arah kelestarian dan daya saing global.

Lawatan kunjung homat ke UMPSA Advanced

Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) telah mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif UMPSA Advanced, YBrs. Dr. Ahmad Johari Bin Mohamad, serta pegawai kanan beliau. Sesi ini bertujuan mendapatkan input bagi pengukuhan modul serta akreditasi program latihan AMMP untuk memenuhi keperluan syarikat-syarikat industri perlombongan.

Selain itu, pertemuan ini turut membuka ruang untuk membincangkan pelbagai program kerjasama yang berpotensi dijalin antara AMMP dan UMPSA Advanced. Usaha ini diharap dapat memperkasakan program latihan AMMP serta menyumbang kepada pembangunan tenaga kerja yang kompeten dan berkualiti dalam sektor perlombongan.

“𝐌𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐢𝐬 𝐊𝐞𝐥𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐧𝐞𝐫𝐚𝐥 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚”

Skip to content