Slide

"Penubuhan Akademi Mineral Malaysia Pahang akan menjadi nadi utama pusat peningkatan latihan kemahiran bidang mineral khususnya kepada pekerja sedia ada di dalam industri perlombongan dan pengkuarian di samping berfungsi sebagai sebuah pusat 'capacity building' secara holistik di Negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya"

- Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang ke -15

Merintis Kelestarian
Mineral Negara

Komited melahirkan pakar melalui pendidikan, penyelidikan, dan latihan inovatif, Akademi Mineral Malaysia Pahang memacu industri mineral ke arah kelestarian dan daya saing global.

Lawatan ke Perpustakaan Jabatan Mineral dan Geosains, (JMG) Putrajaya

Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) telah mengadakan satu lawatan rasmi bagi meninjau bahan bacaan serta rujukan yang relevan untuk kegunaan akademi dalam memperkukuhkan sumber pembelajaran dan latihan yang ditawarkan. Lawatan ini bertujuan untuk menambah baik akses kepada maklumat teknikal dan akademik dalam bidang berkaitan perlombongan dan pengkuarian, sejajar dengan matlamat AMMP untuk menjadi pusat latihan yang unggul di Malaysia.

Sepanjang lawatan tersebut, pihak AMMP berkesempatan mengadakan perbincangan bersama Encik Mohd Shafreen bin Mad Isa mengenai pembangunan bakat dan latihan di AMMP. Perbincangan ini menekankan kepentingan membangunkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi serta keperluan untuk memastikan program latihan yang ditawarkan memenuhi kehendak industri semasa. Beberapa cadangan juga telah dikemukakan bagi memperluaskan skop latihan serta meningkatkan daya saing pelatih dalam sektor perlombongan dan pengkuarian.

Lawatan seperti ini amat penting dalam memastikan AMMP terus berkembang sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang latihan teknikal dan akademik, khususnya bagi industri perlombongan dan pengkuarian. Dengan usaha berterusan dalam memperkukuhkan kurikulum dan fasiliti pembelajaran, AMMP diharapkan dapat terus menjadi rujukan utama dalam membangunkan tenaga kerja yang kompeten serta menyumbang kepada pembangunan industri di Negeri Pahang dan Malaysia secara keseluruhannya.

Semoga AMMP terus maju dalam melaksanakan peranannya sebagai institusi latihan utama yang menyokong pertumbuhan sektor perlombongan dan pengkuarian melalui penyediaan tenaga kerja yang terlatih dan berkemahiran tinggi.

“Merintis Kelestarian Mineral Negara”

Skip to content