Slide

"Penubuhan Akademi Mineral Malaysia Pahang akan menjadi nadi utama pusat peningkatan latihan kemahiran bidang mineral khususnya kepada pekerja sedia ada di dalam industri perlombongan dan pengkuarian di samping berfungsi sebagai sebuah pusat 'capacity building' secara holistik di Negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya"

- Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang ke -15

Merintis Kelestarian
Mineral Negara

Komited melahirkan pakar melalui pendidikan, penyelidikan, dan latihan inovatif, Akademi Mineral Malaysia Pahang memacu industri mineral ke arah kelestarian dan daya saing global.

Lawatan AMMP Bersama PKD Lipis dan PMC ke Tapak Lombong SPK Kampung Petola, Kechau

Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) telah mengadakan satu lawatan kerja ke tapak lombong di bawah Skim Pelombong Kecil (SPK) yang terletak di Kampung Petola, Kechau. Lawatan ini bertujuan menilai keperluan tapak serta mengenal pasti perkara yang perlu diberi perhatian bagi pelaksanaan Program Kesedaran untuk para pemegang lesen SPK.

Sepanjang lawatan, pasukan AMMP turut meneliti aspek pematuhan operasi, keselamatan kawasan lombong dan keperluan peningkatan pengetahuan dalam kalangan pelombong kecil. Maklumat yang dikumpul akan dijadikan asas bagi merangka modul dan pendekatan terbaik untuk program tersebut.

Turut hadir dalam sesi ini ialah wakil Pejabat Daerah (PKD) serta Pejabat Mineral dan Geosains (PMC). Penglibatan kedua-dua agensi ini membantu memperkukuh perbincangan khususnya dari segi penyelarasan peraturan, pemantauan tapak serta sokongan pentadbiran di peringkat daerah.

Kerjasama antara AMMP, PKD dan PMC diharapkan dapat meningkatkan tahap kesedaran, profesionalisme serta pematuhan dalam industri perlombongan kecil, sekali gus menyumbang kepada pembangunan sektor mineral yang lebih teratur dan mampan di daerah ini.

“Merintis Kelestarian Mineral Negara”

Skip to content