Slide

"Penubuhan Akademi Mineral Malaysia Pahang akan menjadi nadi utama pusat peningkatan latihan kemahiran bidang mineral khususnya kepada pekerja sedia ada di dalam industri perlombongan dan pengkuarian di samping berfungsi sebagai sebuah pusat 'capacity building' secara holistik di Negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya"

- Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang ke -15

Merintis Kelestarian
Mineral Negara

Komited melahirkan pakar melalui pendidikan, penyelidikan, dan latihan inovatif, Akademi Mineral Malaysia Pahang memacu industri mineral ke arah kelestarian dan daya saing global.

Kursus Occupational Safety & Health Coordinator (OSH-C)

Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) dengan kerjasama Pahang Mining Corporation Sdn. Bhd. (PMC) dan Pahang Skills telah berjaya menganjurkan Kursus Safety & Health Coordinator (OSH-C) selama tiga (3) hari bermula dari 27 hingga 29 Oktober 2025 bertempat di Kampus AMMP, Kuala Lipis.

Kursus ini menghimpunkan para peserta yang terdiri daripada Pengurus Kuari serta Pegawai Bertanggungjawab di tapak-tapak lombong dan kuari yang beroperasi di seluruh negeri Pahang. Penganjuran kursus ini merupakan salah satu usaha berterusan AMMP dalam memperkukuh budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam industri mineral, di samping meningkatkan tahap kesedaran terhadap kepentingan pematuhan kepada prosedur keselamatan di lapangan.

Sepanjang tiga hari pelaksanaan kursus, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai modul latihan yang merangkumi aspek utama keselamatan dan kesihatan pekerjaan seperti pengurusan risiko, pengenalpastian bahaya di tempat kerja, kawalan pencegahan kemalangan, serta pematuhan terhadap undang-undang dan garis panduan berkaitan keselamatan industri. Peserta turut berpeluang mengikuti sesi praktikal dan perbincangan kumpulan bagi mengukuhkan kefahaman terhadap peranan serta tanggungjawab seorang Safety & Health Coordinator di tapak operasi.

Kursus ini juga merupakan salah satu daripada kursus wajib yang ditetapkan sebagai syarat tambahan bagi permohonan Tenemen Mineral di bawah Peraturan-Peraturan Mineral 2025 Pahang. Melalui pelaksanaan kursus ini, para peserta bukan sahaja memperoleh pengetahuan teknikal, malah dapat memperkukuh kemahiran komunikasi, kepimpinan, serta keupayaan membuat keputusan yang berkaitan dengan aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

AMMP komited untuk terus memperkasa pembangunan modal insan dalam sektor mineral melalui penyediaan latihan berstruktur dan berimpak tinggi. Diharapkan melalui kursus OSH-C ini, ia dapat menjadi pemangkin kepada peningkatan tahap profesionalisme dan kesedaran terhadap kepentingan keselamatan di tapak lombong dan kuari, sekali gus menyokong aspirasi kerajaan negeri untuk mewujudkan industri mineral yang selamat, mampan dan berdaya saing di Pahang serta di peringkat nasional.



“Merintis Kelestarian Mineral Negara”

Skip to content