Slide

"Penubuhan Akademi Mineral Malaysia Pahang akan menjadi nadi utama pusat peningkatan latihan kemahiran bidang mineral khususnya kepada pekerja sedia ada di dalam industri perlombongan dan pengkuarian di samping berfungsi sebagai sebuah pusat 'capacity building' secara holistik di Negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya"

- Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang ke -15

Merintis Kelestarian
Mineral Negara

Komited melahirkan pakar melalui pendidikan, penyelidikan, dan latihan inovatif, Akademi Mineral Malaysia Pahang memacu industri mineral ke arah kelestarian dan daya saing global.

Kursus Basic Life Support : First Aid & CPR

AMMP telah berjaya menganjurkan Kursus Basic Life Support (BLS) : First Aid & CPR dengan penyertaan daripada pelbagai wakil jabatan kerajaan serta syarikat perlombongan. Penganjuran kursus ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan membuktikan kesedaran yang semakin tinggi terhadap kepentingan ilmu bantuan kecemasan dalam kalangan masyarakat serta sektor industri.

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan peserta berkaitan bantuan kecemasan awal serta tindakan pantas yang perlu diambil ketika menghadapi situasi kecemasan di tempat kerja mahupun dalam kehidupan seharian. Program ini juga memberi penekanan terhadap kepentingan tindakan awal yang tepat bagi membantu menyelamatkan nyawa sebelum ketibaan pihak perubatan.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai teknik dan kemahiran penting seperti Cardiopulmonary Resuscitation (CPR), penggunaan Automated External Defibrillator (AED), bantuan kecemasan asas, teknik balutan luka serta pengendalian mangsa dengan cara yang betul dan selamat. Sesi pembelajaran turut dijalankan secara teori dan praktikal bagi memastikan peserta lebih memahami setiap prosedur yang dipelajari.

Selain itu, para peserta juga diberikan peluang untuk menjalani latihan simulasi kecemasan bagi meningkatkan tahap keyakinan dan kesiapsiagaan dalam mengendalikan situasi sebenar. Pendekatan latihan secara praktikal ini membantu peserta memahami kepentingan tindakan pantas serta komunikasi yang efektif ketika berdepan kecemasan.

Penganjuran kursus seperti ini diharapkan dapat melahirkan lebih ramai individu yang berpengetahuan dan bersedia untuk bertindak dalam situasi kecemasan, sekaligus membantu meningkatkan tahap keselamatan di tempat kerja dan persekitaran komuniti. Inisiatif ini juga selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya keselamatan dan kesihatan dalam kalangan organisasi serta masyarakat.

Pihak AMMP ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta atas komitmen, kerjasama serta penglibatan aktif yang diberikan sepanjang kursus berlangsung. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya serta menjadi nilai tambah dalam membantu masyarakat apabila berdepan situasi kecemasan pada masa akan datang.

“Merintis Kelestarian Mineral Negara”

Skip to content