Slide

"Penubuhan Akademi Mineral Malaysia Pahang akan menjadi nadi utama pusat peningkatan latihan kemahiran bidang mineral khususnya kepada pekerja sedia ada di dalam industri perlombongan dan pengkuarian di samping berfungsi sebagai sebuah pusat 'capacity building' secara holistik di Negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya"

- Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang ke -15

Merintis Kelestarian
Mineral Negara

Komited melahirkan pakar melalui pendidikan, penyelidikan, dan latihan inovatif, Akademi Mineral Malaysia Pahang memacu industri mineral ke arah kelestarian dan daya saing global.

Kursus Asas Pengendalian Dron

Kursus Asas Pengendalian Dron buat julung kalinya dianjurkan hasil kerjasama antara Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) dan Pahang Skills, mencatat sejarah sebagai program pertama seumpamanya di kampus AMMP, Kuala Lipis. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan komprehensif kepada peserta mengenai jenis-jenis dron, komponen utama yang terdapat pada setiap dron, serta kaedah dan prosedur penerbangan yang betul. Penekanan turut diberikan kepada aspek keselamatan dan pengendalian profesional, sejajar dengan keperluan teknologi terkini yang semakin berkembang pesat dalam pelbagai sektor.

Seramai 18 peserta telah terlibat dalam kursus ini, terdiri daripada wakil jabatan dan agensi kerajaan, industri swasta, serta individu persendirian yang berminat mendalami ilmu berkaitan dron. Dengan latar belakang peserta yang pelbagai, kursus ini menyediakan platform untuk pertukaran ilmu, pengalaman, dan amalan terbaik dalam penggunaan teknologi dron.

Kursus ini bukan sahaja memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari asas teknologi dron, tetapi juga berperanan sebagai pemangkin kepada perkembangan industri dron di Malaysia, khususnya di negeri Pahang. Dengan kerjasama strategik antara AMMP dan Pahang Skills, diharapkan program ini akan diteruskan pada masa hadapan dan memberi manfaat lebih besar kepada komuniti serta sektor-sektor yang berkaitan.

“𝐌𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐢𝐬 𝐊𝐞𝐥𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐧𝐞𝐫𝐚𝐥 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚”

Skip to content