Slide

"Penubuhan Akademi Mineral Malaysia Pahang akan menjadi nadi utama pusat peningkatan latihan kemahiran bidang mineral khususnya kepada pekerja sedia ada di dalam industri perlombongan dan pengkuarian di samping berfungsi sebagai sebuah pusat 'capacity building' secara holistik di Negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya"

- Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang ke -15

Merintis Kelestarian
Mineral Negara

Komited melahirkan pakar melalui pendidikan, penyelidikan, dan latihan inovatif, Akademi Mineral Malaysia Pahang memacu industri mineral ke arah kelestarian dan daya saing global.

Kursus Asas Mandatori Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Industri Perlombongan Sederhana

Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) telah berjaya menganjurkan Kursus Asas Mandatori Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan khusus bagi industri perlombongan sederhana yang berlangsung selama dua hari, bermula 14 hingga 15 Mei 2025.

Kursus ini telah disertai oleh peserta daripada pelbagai syarikat berkaitan, termasuk Permint Granite, YP Mining dan Skim Pelombong Kecil (SPK) Tanjung Gahai. Pelaksanaan kursus ini bertujuan memberi pendedahan penting kepada para peserta berkenaan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan selari dengan keperluan operasi perlombongan yang selamat dan beretika.

Pihak AMMP merakamkan penghargaan kepada semua syarikat dan peserta yang telah memberi komitmen sepenuhnya sepanjang kursus berlangsung. Diharapkan segala ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan serta diaplikasikan di tempat kerja masing-masing demi meningkatkan tahap keselamatan industri perlombongan di negeri ini.

“Merintis Kelestarian Mineral Negara”

Skip to content