Slide

"Penubuhan Akademi Mineral Malaysia Pahang akan menjadi nadi utama pusat peningkatan latihan kemahiran bidang mineral khususnya kepada pekerja sedia ada di dalam industri perlombongan dan pengkuarian di samping berfungsi sebagai sebuah pusat 'capacity building' secara holistik di Negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya"

- Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang ke -15

Merintis Kelestarian
Mineral Negara

Komited melahirkan pakar melalui pendidikan, penyelidikan, dan latihan inovatif, Akademi Mineral Malaysia Pahang memacu industri mineral ke arah kelestarian dan daya saing global.

Kunjungan Hormat ke Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia

Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia yang telah menerima kehadiran YBrs. Ts. Zuleah binti Darsong, Ketua Pengarah JPK, bersama-sama YBrs. Ts. Kamaruzzaman bin Hj. Md. Ali, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi & Pengurusan), serta pegawai-pegawai kanan JPK daripada bahagian berkaitan.

Pertemuan ini membuka ruang kepada perbincangan strategik berkaitan pembangunan National Occupational Skills Standards (NOSS) khusus dalam bidang mineral, sejajar dengan aspirasi negara untuk memperkukuh sektor mineral sebagai salah satu pemacu ekonomi masa hadapan.

Maklum balas yang diterima amat positif, dengan penekanan kepada kepentingan melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan kompeten dalam industri mineral. Langkah ini turut menyokong usaha menjadikan AMMP sebagai Pusat Latihan TVET Mineral pertama di negara ini, yang akan berperanan besar dalam membekalkan modal insan berdaya saing kepada industri.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak JPK atas kesediaan memberikan pandangan, cadangan dan bimbingan yang amat bernilai dalam menjayakan agenda pembangunan sektor kemahiran negara, khususnya dalam bidang mineral.

“Merintis Kelestarian Mineral Negara”

Skip to content