Slide

"Penubuhan Akademi Mineral Malaysia Pahang akan menjadi nadi utama pusat peningkatan latihan kemahiran bidang mineral khususnya kepada pekerja sedia ada di dalam industri perlombongan dan pengkuarian di samping berfungsi sebagai sebuah pusat 'capacity building' secara holistik di Negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya"

- Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang ke -15

Merintis Kelestarian
Mineral Negara

Komited melahirkan pakar melalui pendidikan, penyelidikan, dan latihan inovatif, Akademi Mineral Malaysia Pahang memacu industri mineral ke arah kelestarian dan daya saing global.

Kunjung Hormat Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) ke OUM Kuantan

AMMP telah mengadakan kunjungan hormat ke Open University Malaysia (OUM) Cawangan Kuantan dalam usaha memperluas jaringan kerjasama strategik melibatkan pembangunan modal insan, khususnya wanita di Negeri Pahang. Kunjungan ini diketuai oleh Pengarah AMMP, Encik Rashdan bin Abdul Manaf, yang telah disambut oleh Pengarah OUM Kuantan, Puan Razalina Abdul Rashid, merangkap Ketua Kluster Pendidikan Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Pahang (DPTWP).

OUM

Pertemuan tersebut membuka ruang perbincangan yang bermakna mengenai pelaksanaan kursus serta potensi bentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama, khususnya dalam bidang latihan kemahiran berkaitan sektor perlombongan dan geologi. Fokus utama adalah untuk mengenal pasti pendekatan terbaik bagi meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran wanita dalam industri ini serta sektor lain yang relevan.

OUM

Inisiatif ini sejajar dengan usaha berterusan kerajaan negeri dalam memperkasa golongan wanita melalui program latihan berstruktur dan peluang pembelajaran sepanjang hayat. AMMP merakamkan penghargaan kepada pihak OUM Kuantan atas keterbukaan dan komitmen dalam menyokong agenda pembangunan wanita “

“Merintis Kelestarian Mineral Negara”

Skip to content