Slide

"Penubuhan Akademi Mineral Malaysia Pahang akan menjadi nadi utama pusat peningkatan latihan kemahiran bidang mineral khususnya kepada pekerja sedia ada di dalam industri perlombongan dan pengkuarian di samping berfungsi sebagai sebuah pusat 'capacity building' secara holistik di Negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya"

- Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang ke -15

Merintis Kelestarian
Mineral Negara

Komited melahirkan pakar melalui pendidikan, penyelidikan, dan latihan inovatif, Akademi Mineral Malaysia Pahang memacu industri mineral ke arah kelestarian dan daya saing global.

Lawatan Kunjungan Hormat Akademi Mineral Malaysia Pahang ke Pejabat Yang Dipertua Majlis Daerah Lipis

Kunjung hormat Pengarah Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) ke Pejabat Yang Dipertua Majlis Daerah Lipis, YH Dato’ Mohd Hafizi bin Ibrahim, berlangsung dalam suasana mesra dan penuh profesionalisme. Sesi pertemuan ini bertujuan untuk berkongsi perkembangan terkini AMMP yang telah beroperasi sepenuhnya sejak September 2024 serta memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara AMMP dan Pejabat Majlis Daerah Lipis (MDL) dalam pelbagai urusan rasmi.

AMMP terus menunjukkan komitmen tinggi dalam usaha membangunkan diri sebagai pusat latihan teknikal dan akademik terkemuka, dengan perancangan untuk menawarkan program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) serta modul berasaskan TVET yang menumpukan kepada industri mineral di negeri Pahang khususnya, dan Malaysia secara amnya. Langkah ini sejajar dengan matlamat memperkasakan tenaga kerja mahir dalam sektor mineral, sekali gus menyokong pembangunan industri serta ekonomi negara.

β€œMerintis Kelestarian Mineral Negara”

Skip to content