Satu kunjungan hormat oleh Pengarah Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) telah diadakan ke Pejabat Kesihatan Daerah Lipis. Dalam kunjungan tersebut, Pengarah AMMP telah berpeluang bertemu dengan Dr. Shafizah binti Shafei, Pegawai Kesihatan Daerah Lipis, serta En. Kuzakuwan bin T. Bongsu, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran.

Pertemuan ini menjadi platform untuk bertukar pandangan dan idea berkaitan inisiatif yang boleh dilaksanakan bersama, antaranya cadangan penganjuran program kesedaran kesihatan dalam kalangan pelombong khususnya di daerah Lipis. Usaha ini dilihat mampu meningkatkan tahap kesedaran, kesejahteraan, serta penjagaan kesihatan dalam komuniti pelombong.

Diharapkan melalui kerjasama strategik ini, hubungan antara AMMP dan Pejabat Kesihatan Daerah Lipis akan terus diperkukuh, sekali gus membuka peluang kepada pelaksanaan program berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat, terutamanya para pelombong di daerah ini.
“Merintis Kelestarian Mineral Negara”








