Slide

"Penubuhan Akademi Mineral Malaysia Pahang akan menjadi nadi utama pusat peningkatan latihan kemahiran bidang mineral khususnya kepada pekerja sedia ada di dalam industri perlombongan dan pengkuarian di samping berfungsi sebagai sebuah pusat 'capacity building' secara holistik di Negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya"

- Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang ke -15

Slide
Visi AMMP

Menjadi pusat kecemerlangan global dalam menyediakan modal insan TVET yang berkualiti tinggi, inovatif dan relevan dalam industri mineral negara.

Slide
Misi AMMP

Menyediakan program latihan yang komprehensif dan bersepadu untuk membangunkan tenaga kerja yang kompeten, berkemahiran tinggi dan berpengetahuan dalam industri mineral dengan penekanan inovasi, keselamatan, kelestarian alam sekitar di samping kerjasama erat antara industri dan akademia dalam memperkasakan sektor mineral negara.

Merintis Kelestarian
Mineral Negara

Komited melahirkan pakar melalui pendidikan, penyelidikan, dan latihan inovatif, Akademi Mineral Malaysia Pahang memacu industri mineral ke arah kelestarian dan daya saing global.

Program Kesedaran Perlombongan Lestari & Alam Sekitar

Pada hari ini, pihak Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) telah memenuhi undangan menyertai Program Kesedaran Perlombongan Lestari & Alam Sekitar yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dengan kerjasama Pahang Mining Corporation (PMC).

Program ini memberi tumpuan kepada pendedahan mengenai amalan perlombongan yang selamat, bertanggungjawab dan mesra alam kepada para peserta, khususnya dalam kalangan Skim Pelombong Kecil (SPK). Ia turut menekankan aspek kepatuhan terhadap perundangan serta pelaksanaan langkah mitigasi bagi mengurangkan kesan aktiviti perlombongan terhadap alam sekitar.

Penglibatan AMMP dalam program ini dilihat sebagai satu langkah proaktif dalam mendalami pelbagai pendekatan praktikal berkaitan perlombongan lestari. Antara intipati penting yang dikupas termasuk teknik pengurusan sisa lombong, perlindungan biodiversiti dan pemulihan kawasan pasca perlombongan.

Selain itu, AMMP turut mengambil peluang untuk menilai dan memahami keperluan latihan semasa bagi pelombong kecil, yang boleh dimanfaatkan dalam merangka program latihan yang lebih relevan, berimpak tinggi dan berpaksikan kelestarian. Inisiatif ini sejajar dengan matlamat AMMP untuk menjadi penyedia latihan utama dalam sektor mineral negara.

Secara keseluruhan, penyertaan dalam program ini bukan sahaja memperluas rangkaian kerjasama antara agensi, malah memperkukuh komitmen AMMP terhadap pemerkasaan ilmu dan kesedaran alam sekitar dalam industri perlombongan tanah air.

“Merintis Kelestarian Mineral Negara”

Skip to content