Slide

"Penubuhan Akademi Mineral Malaysia Pahang akan menjadi nadi utama pusat peningkatan latihan kemahiran bidang mineral khususnya kepada pekerja sedia ada di dalam industri perlombongan dan pengkuarian di samping berfungsi sebagai sebuah pusat 'capacity building' secara holistik di Negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya"

- Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang ke -15

Slide
Visi AMMP

Menjadi pusat kecemerlangan global dalam menyediakan modal insan TVET yang berkualiti tinggi, inovatif dan relevan dalam industri mineral negara.

Slide
Misi AMMP

Menyediakan program latihan yang komprehensif dan bersepadu untuk membangunkan tenaga kerja yang kompeten, berkemahiran tinggi dan berpengetahuan dalam industri mineral dengan penekanan inovasi, keselamatan, kelestarian alam sekitar di samping kerjasama erat antara industri dan akademia dalam memperkasakan sektor mineral negara.

Merintis Kelestarian
Mineral Negara

Komited melahirkan pakar melalui pendidikan, penyelidikan, dan latihan inovatif, Akademi Mineral Malaysia Pahang memacu industri mineral ke arah kelestarian dan daya saing global.

Profil AMMP

Penubuhan AMMP

Penubuhan AMMP adalah inspirasi oleh YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail yang direalisasikan melalui Mesyuarat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus Bil. 1/2023 pada 14 Mac 2023.

Peranan

Pusat Latihan kemahiran teknikal dan akademik yang berasaskan industri mineral serta ‘One-Stop Centre’ yang berkaitan pembangunan modal insan industri mineral di Malaysia amnya dan khususnya di Negeri Pahang.

Perancangan Kampus Induk BBKL 3.0

Kampus Induk AMMP bakal dibangunkan di atas tanah seluas 66 ekar yang terletak di kawasan Bukit Sarang, Mukim Gua Kuala Lipis yang merupakan sebahagian daripada perancangan Bandar Baru Kuala Lipis 3.0 (BBKL 3.0). Kampus sementara AMMP ketika ini beroperasi di bangunan Lipis Centrepoint sementara Kampus Induk siap dibina.

Kumpulan Sasar

  • Peserta/Pekerja sedia ada yang terlibat dalam industri Perlombongan dan Kuari.
  • Majikan Syarikat Perlombongan dan Kuari.
  • Graduan IPTA/IPTS lulusan Mineral dan Geologi atau bidang yang berkaitan.

Skip to content