Slide

"Penubuhan Akademi Mineral Malaysia Pahang akan menjadi nadi utama pusat peningkatan latihan kemahiran bidang mineral khususnya kepada pekerja sedia ada di dalam industri perlombongan dan pengkuarian di samping berfungsi sebagai sebuah pusat 'capacity building' secara holistik di Negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya"

- Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang ke -15

Slide
Visi AMMP

Menjadi pusat kecemerlangan global dalam menyediakan modal insan TVET yang berkualiti tinggi, inovatif dan relevan dalam industri mineral negara.

Slide
Misi AMMP

Menyediakan program latihan yang komprehensif dan bersepadu untuk membangunkan tenaga kerja yang kompeten, berkemahiran tinggi dan berpengetahuan dalam industri mineral dengan penekanan inovasi, keselamatan, kelestarian alam sekitar di samping kerjasama erat antara industri dan akademia dalam memperkasakan sektor mineral negara.

Merintis Kelestarian
Mineral Negara

Komited melahirkan pakar melalui pendidikan, penyelidikan, dan latihan inovatif, Akademi Mineral Malaysia Pahang memacu industri mineral ke arah kelestarian dan daya saing global.

Pertemuan Pengarah Baharu Pusat SMARRT UMPSA bersama Unit Pembangunan Wilayah Pahang Barat Plus dan Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP)

Satu sesi pertemuan suai kenal bersama Pengarah Baharu Pusat SMaRRT, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Prof. Madya Dr. Yuhyi bin Mohd Tadza telah berlangsung pada hari ini di pejabat Unit Pembangunan Wilayah Pahang Barat Plus (PBPLUS). Pelantikan beliau sebagai Pengarah Pusat SMaRRT dilihat sebagai langkah signifikan dalam memperkukuh peranan pusat tersebut dalam memacu agenda penyelidikan dan pembangunan industri, khususnya berkaitan sumber mineral di Pahang.

Pertemuan ini turut melibatkan kehadiran Pegawai Penyelidik UMPSA serta Pengarah Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP), En. Rashdan bin Abdul Manaf, sebagai tanda komitmen berterusan dalam memperkukuh kerjasama antara akademia dan industri. Kehadiran delegasi UMPSA dialu-alukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PBPLUS, YH. Dato’ Haji Suris Bin Mihat, yang turut menyatakan keterbukaan pihaknya untuk meneroka pelbagai ruang kolaborasi yang lebih erat dan strategik.

Sesi berlangsung dalam suasana mesra dan santai namun penuh makna, dengan pelbagai pertukaran idea dan pandangan yang merangkumi senario semasa serta masa depan industri mineral di negeri Pahang. Antara perkara yang disentuh termasuklah potensi integrasi penyelidikan dan latihan teknikal yang dijalankan oleh UMPSA dan AMMP ke dalam perancangan pembangunan wilayah oleh PBPLUS, khususnya dalam memanfaatkan kekayaan sumber mineral secara lestari dan berimpak tinggi.

Pihak AMMP turut menekankan peranan akademi tersebut sebagai pusat latihan dan pembangunan modal insan dalam bidang mineral, sejajar dengan aspirasi Kerajaan Negeri Pahang dan kerajaan Persekutuan dalam memperkukuhkan rantaian nilai industri mineral negara.

Diharapkan sinergi yang sedia terjalin antara ketiga-tiga entiti – UMPSA melalui Pusat SMaRRT, AMMP sebagai pusat latihan teknikal, dan PBPLUS sebagai pemacu pembangunan wilayah – akan terus berkembang secara lebih strategik dan menyeluruh. Kerjasama ini diharapkan dapat melonjakkan pembangunan Wilayah Pahang Barat sebagai salah satu hab utama industri mineral negara, selari dengan agenda pembangunan sosioekonomi negeri yang inklusif, mampan dan berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Merintis Kelestarian Mineral Negara”

Skip to content