Slide

"Penubuhan Akademi Mineral Malaysia Pahang akan menjadi nadi utama pusat peningkatan latihan kemahiran bidang mineral khususnya kepada pekerja sedia ada di dalam industri perlombongan dan pengkuarian di samping berfungsi sebagai sebuah pusat 'capacity building' secara holistik di Negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya"

- Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang ke -15

Slide
Visi AMMP

Menjadi pusat kecemerlangan global dalam menyediakan modal insan TVET yang berkualiti tinggi, inovatif dan relevan dalam industri mineral negara.

Slide
Misi AMMP

Menyediakan program latihan yang komprehensif dan bersepadu untuk membangunkan tenaga kerja yang kompeten, berkemahiran tinggi dan berpengetahuan dalam industri mineral dengan penekanan inovasi, keselamatan, kelestarian alam sekitar di samping kerjasama erat antara industri dan akademia dalam memperkasakan sektor mineral negara.

Merintis Kelestarian
Mineral Negara

Komited melahirkan pakar melalui pendidikan, penyelidikan, dan latihan inovatif, Akademi Mineral Malaysia Pahang memacu industri mineral ke arah kelestarian dan daya saing global.

Lawatan oleh Fakulti Kejuruteraan Kimia & Proses, (FTKKP) UMPSA ke Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP), Kuala Lipis.

AMMP telah menerima lawatan kerja daripada delegasi Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses serta wakil dari Fakulti Sains dan Teknologi Industri, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Lawatan ini bertujuan untuk menjalin hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak, di samping membincangkan peluang-peluang dalam bidang konsultasi, pembangunan latihan serta penyelidikan yang berkaitan industri perlombongan dan mineral.

Perbincangan turut menyentuh potensi pelaksanaan latihan teknikal berasaskan keperluan industri, pembangunan modul khusus, serta pemindahan kepakaran dalam bidang sains bahan, proses kimia dan teknologi hijau – selaras dengan hala tuju negara ke arah pembangunan mampan.

AMMP amat mengalu-alukan kepakaran dan pengalaman yang dimiliki pihak fakulti, khususnya dalam bidang teknologi, sains dan kejuruteraan, yang diyakini mampu menyokong aspirasi akademi dalam memperkukuh penawaran program latihan berimpak tinggi.

Semoga sinergi yang terjalin ini menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan mahir, berdaya saing serta menyumbang secara langsung kepada pertumbuhan industri perlombongan negara secara lestari.

“Merintis Kelestarian Mineral Negara”

Skip to content