Slide

"Penubuhan Akademi Mineral Malaysia Pahang akan menjadi nadi utama pusat peningkatan latihan kemahiran bidang mineral khususnya kepada pekerja sedia ada di dalam industri perlombongan dan pengkuarian di samping berfungsi sebagai sebuah pusat 'capacity building' secara holistik di Negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya"

- Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang ke -15

Slide
Visi AMMP

Menjadi pusat kecemerlangan global dalam menyediakan modal insan TVET yang berkualiti tinggi, inovatif dan relevan dalam industri mineral negara.

Slide
Misi AMMP

Menyediakan program latihan yang komprehensif dan bersepadu untuk membangunkan tenaga kerja yang kompeten, berkemahiran tinggi dan berpengetahuan dalam industri mineral dengan penekanan inovasi, keselamatan, kelestarian alam sekitar di samping kerjasama erat antara industri dan akademia dalam memperkasakan sektor mineral negara.

Merintis Kelestarian
Mineral Negara

Komited melahirkan pakar melalui pendidikan, penyelidikan, dan latihan inovatif, Akademi Mineral Malaysia Pahang memacu industri mineral ke arah kelestarian dan daya saing global.

Lawatan Kunjung Hormat dan Perbincangan bersama Malaysian Chamber of Mines (MCOM)

Delegasi dari Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) telah mengadakan satu lawatan kunjung hormat ke pejabat Malaysian Chamber of Mines (MCOM) baru-baru ini. Kehadiran delegasi AMMP telah disambut mesra oleh Pengurus Besar MCOM, YBrs. Tuan Che Ahmad Kamerol Hisham, bersama Penasihat MCOM, YBrs. Tuan Teoh Lay Hock, serta pegawai-pegawai kanan MCOM yang lain. Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan AMMP dalam memperkukuh rangkaian kerjasama strategik bersama pemain utama industri perlombongan di Malaysia.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk meneroka potensi sinergi kolaboratif antara AMMP dan MCOM, khususnya dalam bidang pembangunan industri mineral yang mampan dan berdaya saing. AMMP turut mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan peranannya sebagai sebuah institusi latihan berfokuskan pembangunan kemahiran dalam sektor mineral dan batuan. Dengan kemudahan dan kepakaran yang dimiliki, AMMP menyasarkan untuk menjadi hub latihan utama negara bagi menyokong keperluan latihan teknikal dan vokasional industri perlombongan.

Sepanjang sesi perbincangan, kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pandangan mengenai keperluan mendesak dalam membangunkan program latihan yang lebih relevan dan sejajar dengan kehendak pasaran semasa. Perbincangan telah menjurus kepada pembangunan modul latihan berasaskan kemahiran, peningkatan kompetensi tenaga kerja, serta penyediaan laluan kerjaya yang lebih tersusun kepada pelatih dan pekerja dalam sektor ini. MCOM turut berkongsi dapatan dan cabaran yang dihadapi oleh pemain industri dalam usaha mendapatkan tenaga kerja yang terlatih dan berpengetahuan tinggi.

Selain aspek latihan, lawatan ini juga membuka ruang perbincangan yang lebih luas melibatkan kerjasama dalam bidang penyelidikan, inovasi dan pembangunan teknologi berkaitan perlombongan. Kedua-dua pihak menyuarakan hasrat untuk mengadakan lebih banyak sesi libat urus dan bengkel bersama sebagai usaha memperkukuh lagi ekosistem industri mineral negara. Perkongsian pintar ini dilihat mampu merangsang pembangunan sumber manusia yang lebih dinamik serta menyumbang secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi negara melalui sektor perlombongan.

Secara keseluruhan, lawatan ini bukan sahaja mempererat hubungan antara AMMP dan MCOM, tetapi turut mencetuskan perbincangan bermakna yang membuka lembaran baharu ke arah kolaborasi jangka panjang. AMMP optimis bahawa kerjasama yang terjalin ini akan memberi impak positif kepada pembangunan industri mineral negara, selaras dengan aspirasi kerajaan untuk memperkukuh daya saing sektor perlombongan Malaysia di peringkat serantau dan global.

“Merintis Kelestarian Mineral Negara”

Skip to content